Tuesday, 9 August 2011

my AQUSTIQUE girl














~~ sehati sejiwa sarawakFM..hahaha.. nie lah bebudak AQUSTIQUE GIRL..ntah dri mana dtng ny nama 2..but it nice..i think...:).. ~~

keluargaku adalah permata hatiku :)

..family is not only about blood, it is all about love..who love you..that is what i call family..

Wednesday, 3 August 2011

doa agar terhindar dari malas berusaha

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dari kegelisahan dan kesedihan, aku berlindung kepada-Mu dari tidak berdaya dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan bakhil serta dari dikelilingi hutang dan penindasan orang lain."

>> dibaca 3x setiap pagi dan petang <<

doa memohon rezeki yang melimpah

"Ya Allah, ampunilah aku, kasihilah aku, bimbinglah aku, sejahterakanlah aku, dan berikanlah aku rezeki."

Friday, 8 July 2011

kehidupan :)

sukar di percaya, yang pastinya kini kita berada dalam tahun 2011.  cuba kira,sudah berapa lamakah kita berada di muka bumi yang cukup indah ini??yang harmoni,aman dan makmur..cukup lama bukan??tidakkah anda berasa bertuah kerana dapat melihat bulan dan bintang ciptaan ALLAH S.W.T. ?   langit nan biru,unggas-unggas berterbangan, melihat proses kejadian manusia dan sebagainya.. hargailah nyawa dan kehidupan yang telah diberikan, kerana tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan wang ringgit yang dikejar oleh setiap manusia masa kini.  lihat dan renung ke dalam hati. hayati setiap detik yang berlalu, kerana masa itu tidak akan kembali lagi...  hidup ini umpana roda. terkadang kita di atas,adakalanya kita di bawah.  tapi percayalah, setiap yang kita lalui itu satu pengalaman yang cukup berharga.  orang yang berpengalaman adalah orang yang banyak belajar daripada kehidupannya...

patos kehidupan

Lewat ini,
Ukiran kegembiraan kian pudar dalam diriku,
Garisan itu pudar seperti terpadamnya garisan pada sebuah lukisan,

Hari-hariku kini bertemankan sembilu yang menghiris hati,
Tembok jiwaku yang dulunya teguh berdiri kian goyah di robek angin peristiwa,
Batu-batu  kecil kini sentiasa kelihatan jatuh berguguran di tilam yang gebu,
Segalanya persis air sungai yang berlalu pergi tanpa tahu akan arah tujunya,

Kembalikanlah taman tawaku,
Timbullah garisan manis itu,
Takut aku kecundang di hujung perhentian,
Mana harusku tuju,
Simpang-siur kehidupan menanti di setiap penjuru alam,

Maka,
Tanpa garisan itu,
Bangunan yang gagah berdiri bisa roboh dan hancur berderai menghempap bumi…..

angin lalu



Saat perkenalan bermula
Segalanya dipenuhi dengan pertanyaan
Hati mula berbicara
Kotak minda ligat berputar
Disana
Terlihat garisan halus terukir pada wajah tua
Sinar sang suria sudah cukup menyatakan apa yang ingin hati itu perkatakan
Suasana yang suram kini didendangkan dengan tawa dan gelak manja
Dari satu sentuhan ke satu sentuhan dapat ku rasakan
Terdengar nyayian merdu di burung nuri
Rumput dan pepohon merimbun turut melambai-lambai riang
Angin pula manyapa mesra setiap yang bertandang
Seperti gembira dengan perkenalan itu
Hari itu
Merupakan titik permulaan bagi sebuah perkenalan
Langit bergemerlapan dengan warna-warna ceria
Mahu sahaja memberhentikan masa itu
Tapi tiada daya
Masa berlalu persis halilintar
Kini masing-masing dengan dunia sendiri
Lembaran kehidupan yng lusuh dan robek jua melayang
Dibawa pergi bersama angin sepi
Ingin sahaja  mengulanginya
Menggapai angin yang hanya entah bila akan dapat dicapai oleh jari-jemari ini
Namun ku kumpul segala lembaran yang lusuh itu
Akan ku jadikan buku baru tanpa judulnya
Yang akan disematkan dalam pundakku
Menemani senjaku..