Friday, 8 July 2011
kehidupan :)
sukar di percaya, yang pastinya kini kita berada dalam tahun 2011. cuba kira,sudah berapa lamakah kita berada di muka bumi yang cukup indah ini??yang harmoni,aman dan makmur..cukup lama bukan??tidakkah anda berasa bertuah kerana dapat melihat bulan dan bintang ciptaan ALLAH S.W.T. ? langit nan biru,unggas-unggas berterbangan, melihat proses kejadian manusia dan sebagainya.. hargailah nyawa dan kehidupan yang telah diberikan, kerana tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan wang ringgit yang dikejar oleh setiap manusia masa kini. lihat dan renung ke dalam hati. hayati setiap detik yang berlalu, kerana masa itu tidak akan kembali lagi... hidup ini umpana roda. terkadang kita di atas,adakalanya kita di bawah. tapi percayalah, setiap yang kita lalui itu satu pengalaman yang cukup berharga. orang yang berpengalaman adalah orang yang banyak belajar daripada kehidupannya...
patos kehidupan
Lewat ini,
Ukiran kegembiraan kian pudar dalam diriku,
Garisan itu pudar seperti terpadamnya garisan pada sebuah lukisan,
Hari-hariku kini bertemankan sembilu yang menghiris hati,
Tembok jiwaku yang dulunya teguh berdiri kian goyah di robek angin peristiwa,
Batu-batu kecil kini sentiasa kelihatan jatuh berguguran di tilam yang gebu,
Segalanya persis air sungai yang berlalu pergi tanpa tahu akan arah tujunya,
Kembalikanlah taman tawaku,
Timbullah garisan manis itu,
Takut aku kecundang di hujung perhentian,
Mana harusku tuju,
Simpang-siur kehidupan menanti di setiap penjuru alam,
Maka,
Tanpa garisan itu,
Bangunan yang gagah berdiri bisa roboh dan hancur berderai menghempap bumi…..
angin lalu
Saat perkenalan bermula
Segalanya dipenuhi dengan pertanyaan
Hati mula berbicara
Kotak minda ligat berputar
Disana
Terlihat garisan halus terukir pada wajah tua
Sinar sang suria sudah cukup menyatakan apa yang ingin hati itu perkatakan
Suasana yang suram kini didendangkan dengan tawa dan gelak manja
Dari satu sentuhan ke satu sentuhan dapat ku rasakan
Terdengar nyayian merdu di burung nuri
Rumput dan pepohon merimbun turut melambai-lambai riang
Angin pula manyapa mesra setiap yang bertandang
Seperti gembira dengan perkenalan itu
Hari itu
Merupakan titik permulaan bagi sebuah perkenalan
Langit bergemerlapan dengan warna-warna ceria
Mahu sahaja memberhentikan masa itu
Tapi tiada daya
Masa berlalu persis halilintar
Kini masing-masing dengan dunia sendiri
Lembaran kehidupan yng lusuh dan robek jua melayang
Dibawa pergi bersama angin sepi
Ingin sahaja mengulanginya
Menggapai angin yang hanya entah bila akan dapat dicapai oleh jari-jemari ini
Namun ku kumpul segala lembaran yang lusuh itu
Akan ku jadikan buku baru tanpa judulnya
Yang akan disematkan dalam pundakku
Menemani senjaku..
Subscribe to:
Posts (Atom)